Ahad, 21 November 2010

PROGRAM TERBARU KPM UNTUK GURU SAMBUNG BELAJAR KE PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA

Sukacita dimaklumkan bahawa pemohonan ke program pensiswazah guru (PPG) ambilan mac 2011 bagi pegawai pendidikan bukan siswazah (PPPBS) yang berkhidmat di JPN/PPD/sekolah rendah dan menengah/sekolah bantuan kerajan di bawah KPM, boleh dilakukan di laman sesawang KPM bermula 22/11/2010 - 22/12/2010.
SUMBER : LAMAN SESAWANG KPM


PANDANGAN SAYA
Kepada semua guru yang masih belum menyambungkan pendidikan ke tahap ijazah, ini merupakan peluang yang WAJIB direbut supaya pada masa depan kita tidak akan merasa rendah diri dengan guru-guru yang telah mendapat dg41.Walaupun program ini selama 4 tahun, ia bukan satu masalah yang besar kepada pendidik kerana program ini dijalankan dalam mod pengajian jarak jauh (pjj) jadi tiada masalah dari segi berjauhan dengan keluarga dan juga faktor kewangan.Yang paling penting adalah keinginan untuk mengubah tahap pendidikan masing-masing ke tahap yang terbaik dan mendapat imbuhan pendapatan dg41.Melalui pengalaman saya yang telah belajar menggunakan mod pjj ini ialah yang penting ,bijak menguruskan masa,jangan bertangguh menyiapkan tugasan serta thesis dan mempunyai jaringan kawan-kawan.Biasanya untuk mod pjj setiap pelajar akan dibekalkan dengan modul bagi setiap subjek jadi tiada hal kepada member yang agak sukar untuk menulis nota.Saya berharap kepada guru-guru yang ingin dan telah memohon program ini semoga berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

Cari Blog Ini